Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang dirahmati oleh-Nya. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
Pada kali ini SifuArif ingin kongsikan satu perkara yang sangat penting agar rakan-rakan yang melakukan bisnes secara online bertindak secara BIJAK iaitu JANGAN MENJUAL DI FACEBOOK TAPI BINA KREDIBILITI!
Mungkin anda adalah salah seorang yang ‘penjual tegar’ di Facebook dan telah melakukan jualan…saya tidak katakan ‘salah’ tindakan tersebut, cuma saya mengajak anda untuk mengubah ‘teknik’ jualan ‘biasa-biasa’ kepada teknik jualan ‘luar biasa’!Tentu anda inginkan jualan yang ‘luar biasa’???
Baiklah, seperti yang telah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini iaitu mengenai ‘softsales’ dan ‘hardsales’ di facebook. Anda telah melayari artikel tersebut? Sekiranya belum, anda boleh layari di | SOFTSALES VS HARDSALES DI FACEBOOK|
Berbalik kepada tajuk yang saya ingin kongsikan iaitu jangan menjual di facebook tetapi bina kredibiliti bermaksud, kita perlu mengubah ‘teknik’ atau ‘strategi’ menjual daripada ‘hardsales’ kepada ‘softsales’…saya JAMIN kredibiliti anda akan meningkat dan seterusnya meningkatkan jualan anda di Facebook!! Tak percaya?? Saya telah merasainya!
Tentu anda telah mula terfikir, bagaimana untuk membuat jualan secara ‘softsales’. Baiklah, saya tidak ‘loket’ daripada berkongsi ilmu dengan anda semua. Dan perkongsian pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk ‘menukar’ gaya bahasa ‘hardsales’ kepada gaya bahasa ‘sofsales’.
Contoh yang mudah saya berikan, andaikan anda mempunyai produk kesihatan yang anda ingin ‘jual’ kepada rakan-rakan Facebook anda, bagaimana ayat yang akan anda gunakan?? Adakah seperti ayat di bawah ;
Contoh Ayat ‘Hardsales’
“Kami pembekal produk kesihatan……. . Produk yang memberikan kesan kesihatan kepada anda. PM saya sekiranya anda berminat!”
Saya nak bertanya kepada anda, sekiranya ayat di atas yang anda gunakan di Facebook, agak-agaknya ‘ramai’ tak yang PM dan LIKE status anda?? Atau akhirnya anda sendiri yang akan LIKE status tersebut??????
Jadi, bagaimana kita ingin menukar ayat di atas kepada ayat ‘softsales’???? Anda ingin tahu??
Baiklah, ini salah satu contoh ayat softsales yang anda boleh gunakan ;
Contoh Ayat ‘Softsales’
“Wahh…awal pagi tadi saya mendapat SMS yang berbunyi,”Terima kasih tuan kerana memperkenalkan kepada saya produk ……… . Alhamdulillah, setelah menggunakan produk yang tuan sarankan, kesihatan saya semakin beransur baik. Terima kasih tuan!”.
Alhamdulillah, saya sangat teruja bila mendapat respon daripada produk yang saya kongsikan. Mungkin rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, Facebook saya sentiasa tersedia untuk anda PM 24 hours!”
Emm…saya nak bertanya kepada anda, agak-agaknya anda dapat ‘rasai’ perbezaan kedua-dua ayat yang saya berikan contoh di atas??? Yang mana pilihan ayat yang anda rasakan dapat ‘mempengaruhi ‘emosi’ pelanggan untuk PM anda??? Ya, saya sudah tahu jawapan anda, tentulah ayat kedua!
Jadi, mulai saat dan ketika ini, mulakan untuk menaip ‘ayat-ayat’ berbentuk ‘softsales’ setiap kali anda ingin post sesutau di Facebook anda agar anda tidak ‘letih’ dek kerana tiada respon daripada friend anda!
Selamat mencuba!
Pena : -SifuArif-