Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada rakan-rakan yang disayangi sekalian. Semoga semuanya sihat sejahtera dan semoga kita memperbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w sempena Maulidur Rasul 1435H pada kali ini.
Baiklah, pada kali ini, SifuArif ingin kongsikan satu tips yang sangat ‘berkesan’ dan telah diakui melalui pengalaman saya sendiri serta rakan-rakan internet marketer yang lain iaitu KUASAI 4S, GEGARKAN JUALAN DI FACEBOOK!
Tips ini amat mudah untuk diamalkan dan menjadi ‘senjata’ yang ampuh bagi ‘menggegarkan’ jualan anda di Facebook!!!
Tak percaya?? Belum cuba, sebab itu anda tak percaya!
Baiklah, saya akan cuba huraikan satu persatu apakah ‘S’ yang dimaksudkan.
S1 – SALAM
SALAM?? Adakah anda biasa ‘memberi salam’ kepada kenalan baru anda?? Atau anda sekadar ‘terjah’ terus friend anda di Facebook tanpa ada ‘pembuka bicara’??
Ya, mungkin ini yang kita terlepas pandang. Jika dilihat dari pandangan Islam, Nabi kita Rasulullah s.a.w telah ajarkan kepada kita agar kita menyebarkan salam kepada seluruh umat Baginda! Kenapa agaknya??
Sebabnya, dari salam tersebut, terkandung ‘doa’ kita kepada friend yang baru dikenali dan mudah-mudahan dengan itu akan ‘merapatkan’ ukhwah atau persaudaraan kita dengan mereka.
Jadi, selepas ini, amalkan S1 ini…iaitu sebarkan ‘SALAM’ kepada friend Facebook kita sebelum memulakan bicara!
S2 – SAPA
Apa maksud ‘SAPA’?? Maksud sapa ialah kita ‘menegur’ atau mewujudkan satu suasana komunikasi yang harmoni dengan friend Facebook kita. Apa topik yang ingin dibualkan??
Ya, perkara ini yang jarang kita lakukan. Pengalaman peribadi saya, ramai friend baru saya…yang baru saya kenali, telah memulakan ‘sapa’ mereka dengan ‘menjual’ terus produk mereka kepada saya tanpa ada ‘muqaddimah’ pengenalan diri dan sebagainya! Apa yang berlaku?? Secara jujurnya, saya tidak selesa dan akhirnya saya tidak ‘layan’ setiap promosi beliau walaupun promosi tersebut ‘menarik’!
Mungkin anda ada pengalaman tersendiri. Jadi, apa topik awal yang ingin dibualkan??
Mungkin anda boleh ajak kepada perbualan ‘santai’ seperti bertanyakan khabar…bertanya tentang latarbelakang pekerjaan..tentang keluarga dan pelbagai isu yang boleh dibincangkan. Mudah bukan??
Jadi, mulai sekarang, elakkan dari terus ‘menjual’ kepada rakan friend Facebook yang baru anda kenali! Mulakan dengan ‘sapa’ terlebih dahulu!
S3 – SHARE
S yang ketiga ini ialah ‘SHARE’. Apa maksud ‘share’ tersebut??
Maksudnya, step yang ketiga setelah anda mewujudkan suasana yang kondusif di antara anda dan friend Facebook anda, anda telah mula kongsikan pelbagai pengalaman anda dalam karier internet marketer atau karier friend anda. Pastikan step yang ketiga ini, anda lebih banyak ‘mendengar’ pengalaman frined anda terlebih dahulu daripada anda banyak ‘luahkan’ segala pengalaman anda!
Kenapa? Kerana manusia sifatnya suka ‘didengar’ dan mereka suka ‘meluahkan’! Setuju?? Ya, itulah sifat kita…suka didengar dan suka meluahkan. Apa perasaan anda bila ada yang sudi ‘mendengar’ apa yang anda kongsikan (AMARAN! Jangan kongsikan masalah rumahtangga/privasi anda kepada friend Facebook…akan mengundang MASALAH lain nanti!)?? Tentu anda akan berasa ‘lapang’ dan rasa orang yang mendengar tersebut layak menjadi rakan anda! Setuju??
Jadi, mulai sekarang…kongsikan pengalaman anda dalam karier internet marketer dan pastikan anda menjadi ‘pendengar’ yang setia!
S4 – SALES
SALES! S yang keempat ini ialah SALES! Apa maksudnya??
Ya, sedar atau tidak, sekiranya anda mengikut step-step yang saya gariskan dari awal iaitu daripada S1 (SALAM)…anda telah memulakan satu muqaddimah yang baik..
Kemudian, setelah adanya muqaddimah…anda mulakan bicara dengan S2 (SAPA)…iaitu memulakan komunikasi yang harmoni dengan frined Facebook anda.
Setelah wujudnya komunikasi yang harmoni, diikuti pula dengan anda telah cuba ‘tawan’ hati friend anda dengan S3 (SHARE)…iaitu dengan berkongsi pengalaman-pengalaman masing-masing dan lebih banyak ‘mendengar’ apa yang disampaikan oleh friend anda, dan friend anda merasakan anda layak untuk menjadi rakan Facebook yang baik…akhirnya secara automatik, friend anda akan cuba ‘mengenali’ apakah karier anda sebenarnya…
Apa yang berlaku??
Apa yang berlaku ialah friend Facebook anda tersebut akan ‘follow’ setiap post anda di Facebook dan sentiasa akan LIKE post anda serta berinteraksi dengan anda…serta akhirnya, sekiranya servis/produk yang anda ada bersesuaian dengan friend anda tersebut, mereka sendiri yang akan MINTA UNTUK JUAL KEPADA MEREKA atau mereka akan ‘recommend’ kepada rakan-rakan mereka yang lain! Menarik bukan??
Inilah yang saya war-warkan di awal topik, kuasai 4s, gegarkan jualan di facebook!
Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat membantu anda memperbaiki ‘skill’ anda untuk melakukan ‘jualan’ kepada friend anda di Facebook!
Selamat Maju Jaya!
Pena
-SifuArif-