Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Pada kali ini, SifuArif akan kongsikan satu tips iaitu bagaimana untuk kita tingkatkan ‘LIKE‘ pada setiap update post di Facebook! Nak tahu??
Sebelum saya kongsikan apakah tips yang ‘superb‘ bagaimana tingkat LIKE pada post di Facebook, saya ingin bertanya kepada anda…kenapa kita sangat ‘suka‘ bila orang LIKE pada post kita?? Adakah kerana anda akan rasa ‘dihargai‘…atau mungkin anda rasa sentiasa di ‘follow‘ oleh friend…atau mungkin anda rasa di’perhatikan‘ oleh friend…atau mungkin anda ingin ‘famous‘???
Saya tidak katakan sekiranya jawapan anda seperti yang saya nyatakan di atas adalah ‘salah‘….kerana ianya adalah ‘hak’ privacy anda!
Cuma disini saya ingin kongsikan bahawa pentingnya friend Facebook kita untuk ‘LIKE‘ setiap status yang kita post kerana itulah salah satu kaedah pemasaran ‘NO COST (tiada kos)‘! Tentu seronok kalau kita berbisnes dengan kos yang paling minima…kan..kan..kan!
Ok,jadi bagaimana untuk kita tingkan LIKE pada setiap post kita di facebook??
Mudah sahaja…untuk memahaminya, saya seringkali menggunakan ungkapan dari lirik sebuah kumpulan penyanyi dalam program-program training saya iaitu ‘What U Give, U Get Back (Apa yang kamu beri, pasti kamu akan dapat kembali)‘!
Apa kaitannya ungkapan tersebut dengan tingkatkan LIKE??
Ya, mudah sahaja…iaitu apabila anda ‘mudah‘ untuk sentiasa LIKE post friend yang lain…komen setiap post friend..pasti mereka akan menghargainya dan akan melakukan perkara yang sama kepada anda! Senang bukan???
Jadi, mulai saat ini, ‘ringankan jari‘ untuk klik pada butang LIKE di post rakan-rakan Facebook kita (LIKE pada post yang positif sahaja…yang negatif janganlah LIKE!) agar anda dapat tingkatkan LIKE pada setiap post yang anda lakukan di Facebook!
Selamat mencuba!
Pena
-SifuArif-